Sekiranya berlaku kematian orang dilindungi sebelum tarikh matang dan semasa sijil masih
berkuatkuasa, jumlah yang dilindungi dan Nilai Akaun akan dibayar. Jika orang dilindungi
adalah seorang budak, faedah kematian akan dibayar mengikut Peratusan Lien Juvenil
• Faedah hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD)
Apabila anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum umur 60 tahun, anda
akan menerima bayaran hilang upaya dalam jumlah sekali gus yang didahulukan daripada
100% amaun perlindungan TPD atau 10% daripada amaun perlindungan TPD dalam setiap
dua tahun pertama, diikuti dengan baki 80% lagi dalam tahun ketiga, bergantung pada jenis
hilang upaya itu.
• Faedah Kematangan
Jika sijil masih berkuatkuasa dan orang dilindungi masih hidup pada tarikh matang maka Nilai
Akaun akan dibayar.
• Dua tahun Perlindungan Berterusan
Sijil ini akan memberi perlindungan yang berterusan selama 2 tahun yang pertama sijil jika
Nilai Akaun tidak mencukupi untuk membayar Caj Tabarru‘ dan Caj Perkhidmatan Bulanan.
Nota : Sila rujuk kepada sijil takaful untuk maklumat terperinci bagi faedah perlindungan.
Adakah saya dibenarkan melampirkan sebarang faedah di pelan ini?
Anda boleh memilih untuk meningkatkan lagi perlindungan takaful anda dengan menambahkan
perlindungan tambahan (Faedah ini disediakan tertakluk kepada caruman tambahan. Sila ambil perhatian bahawa terdapat pengecualian dan
had yang dikenakan bagi faedah ini seperti yang dinyatakan dalam sijil takaful). yang terdiri daripada pelbagai pilihan faedah kami dibawah:
1) Penepian Caruman ( waiver of contribution )
Mengenepikan dan membayar caruman sijil atas nama peserta sekiranya orang dilindungi
didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal yang tertentu atau hilang upaya menyeluruh dan
kekal sebelum berumur 60 tahun.
2) Penyakit Kritikal ( critical illness )
Jumlah yang dilindungi bagi faedah penyakit kritikal akan dibayar sekali gus apabila
didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal yang tertentu atau menjalani sebarang
pembedahan terlindung untuk menolong anda menampung kos perubatan tambahan.
3) Kemalangan diri
Menyediakan perlindungan untuk kecederaan atau kematian akibat kemalangan.
4) Penghospitalan dan Pembedahan
Menyediakan perlindungan yang menolong menampung akaun perbelanjaan perubatan anda
yang ditanggung semasa penghospitalan.
MEDICAL CARD KELUARGA DAN TAKAFUL HAYAT(A-MAS)
Medical Card Keluarga Takaful adalah satu plan yang boleh disertai bersama takaful hayat. Namun ianya tidak diwajibkan jika anda tidak mahu.
Takaful hayat melindungi salah seorang antara ibu atau bapa yang mengetuai plan ini (principle takaful policy holder), dan medical card keluarga takaful akan melindungi ibu+bapa+anak anak. Contoh seperti dibawah:
Seorang lelaki En. KARIM menyertai plan Medical Card Keluarga Takaful + Takaful Hayat. En. KARIM mempunyai seorang isteri dan 4 anak anak. Maka, En. KARIM akan dilindungi oleh plan medical card keluarga dan juga takaful hayat. Tetapi isteri beliau dan anak anak hanya akan dilindungi oleh plan medical card keluarga sahaja.

HARGA MEDICAL CARD KELUARGA TAKAFUL + TAKAFUL HAYAT
Dibawah adalah satu jadual anggaran caruman sahaja bagi plan:
Pemilik sijil : En.KARIM berumur 35 tahun.
1) Manfaat basic RM100,000
2) Dana Penyakit Kritikal RM50,000
3) Faedah Hospital Seumur Hidup(WLHB) RM100/hari
4) Pengecualian Sumbangan ( jika peserta kena penyakit kritikal )
5) Kemalangan diri RM50,000
6) Pelepasan cukai pendapatan RM6,000
7) Kad Perubatan a-Medik ( AM 150 )
8) Manfaat kematangan polisi anggaran :
i... Nilai tunai tahun ke 15 RM16,800
ii... Nilai tunai tahun ke 20 RM21,200
BAYARAN BULANAN ADALAH RM 367