
Kami Merancang Masa Depan Anda,ANDA Yang Menentukan
PLAN SIMPANAN - A-EXCEL
29/06/2013 11:45
A-Excel
Pelan Perlindungan dan Simpanan
.jpg)
.jpg)
A-Excel merupakan Plan Perlindungan,Simpanan dan Pelaburan Anda yang bijak merancang kewangan di masa hadapan.
Impian kewangan anda tidak pernah terhenti walaupun anda melangkah ke fasa hidup yang
berbeza. Menyimpan untuk impian kewangan anda adalah mudah sekiranya anda merancang
kewangan anda terlebih dahulu dan dengan menyediakan wang sampingan tetap untuk rancangan
tersebut. Memperkenalkan A-Excel, penyelesaian kewangan lengkap yang menggabungkan
perlindungan takaful dan simpanan dalam satu pelan. A-Excel boleh membantu anda mencapai
impian kewangan anda seperti tanggungan pendidikan anak-anak, modal untuk perniagaan sendiri
ataupun persediaan untuk persaraan.
Apakah itu A-Excel?
A-Excel adalah pelan takaful caruman tetap yang akan matang di hujung tahun ke 20 sijil dengan
bayaran caruman selama 20 tahun. Ia menyediakan perlindungan takaful diatas kematian ataupun
orang dilindungi mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.
Apakah perlindungan / faedah yang disediakan?
Pelan ini menyediakan:
• Faedah Kematian
Sekiranya berlaku kematian orang dilindungi sebelum tarikh matang sijil dan semasa sijil
masih berkuatkuasa, jumlah perlindungan asal dan nilai didalam akaun peserta (“Nilai Akaun
Peserta”) akan dibayar. Sekiranya orang dilindungi adalah kanak-kanak, jumlah perlindungan
asal yang akan dibayar adalah berdasarkan Peratusan Lien Juvenil seperti yang ditunjukkan
dalam jadual dibawah:
Umur pada hari lahir terakhir | Akan dibayar sebagai peratusan daripada jumlah perlindungan |
Kurang dari 1 tahun | 20% |
1 tahun | 40% |
2 tahun | 60% |
3 tahun | 80% |
4 tahun atau ke atas | 100% |
• Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)
Sekiranya anda hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum umur 60 tahun, Nilai Akaun
Peserta berserta jumlah sekaligus yang didahulukan sama ada bersamaan dengan 100%
jumlah perlindungan TPD atau 10% dari jumlah perlindungan TPD untuk tempoh dua(2) tahun
pertama, diikuti dengan baki 80% pada tahun ketiga, bergantung kepada punca kehilangan
upaya tersebut, akan dibayar.
• Faedah Kematangan
Nilai Akaun Peserta akan dibayar jika sijil masih berkuatkuasa dan orang yang dilindungi
masih hidup semasa tarikh matang.
Nota: Sila rujuk sijil takaful untuk maklumat terperinci bagi faedah perlindungan.
Adakah saya dibenarkan untuk melampirkan sebarang rider ke pelan ini?
Anda boleh memilih untuk meningkatkan lagi perlindungan takaful anda dengan menambahkan
perlindungan 2 tambahan yang terdiri daripada pelbagai pilihan faedah kami dibawah:
1) Faedah Kehidupan
Kami akan membayar anda Faedah Kehidupan sebanyak 10% dari jumlah perlindungan asal
pada setiap penghujung dua (2) tahun sijil sehingga sijil anda matang. Anda boleh memilih
untuk menerima Faedah Kehidupan tersebut ataupun menyimpannya dengan kami untuk
menerima keuntungan yang akan dikongsi di antara Pengendali Takaful dan anda dengan
nisbah 20:80.
Contohnya: jika anda ambil perlindungan RM100,000 ,maka setiap dua(2) tahun anda akan mendapat RM10,000 sehingga ke tahun 20.
2) Penepian Caruman Penyakit Kritikal
Mengenepikan dan membayar caruman tetap sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika
dilampirkan) atas nama peserta sekiranya orang dilindungi didiagnosiskan menghidap penyakit
kritikal yang tertentu atau menjalani sebarang pembedahan yang dilindungi.
3) Faedah Pencarum (CB) dan Faedah Pencarum untuk Penyakit Kritikal (CB-CI)
Sekiranya pencarum meninggal dunia, hilang upaya menyeluruh dan kekal atau
didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal atau menjalani pembedahan untuk salah satu
dari 35 penyakit kritikal (jika CB-CI dilampirkan) seperti yang tersenarai di dalam sijil takaful,
sebelum pencarum mencapai umur 60 tahun ataupun tarikh tamat rider, yang mana terdahulu,
semua caruman akan datang untuk sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika dilampirkan) tidak
perlu dibayar sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur 25 tahun.
Bagaimanakah saya boleh membayar caruman?
Caruman boleh dibayar dengan salah satu cara dibawah:
a) Secara tunai atau dengan cek. Untuk bayaran dengan cek, sila bayar atas nama “AIA AFG
Takaful Bhd”.
b) Bayaran automatik
i) Kad Kredit
ii) Autodebit
c) Arahan Tetap
d) Akaun Kutipan Korporat Maybank (AIA AFG)
—————